Wednesday, January 4

2012

Selamat Tahun Baru.

Memang serius perasaan excited langsung tak ada.
Kenapa? Aku je tau jawapannya.

Permulaan tahun baru menjadi penanda aras untuk semua orang.
Aku untuk tahun ini mengharap lebih banyak kebaikan diperoleh.
Dan berbuat baik juga bersangka baik.

                                                   
Akhir tahun 2011, memilih untuk menghadiri majlis walimatulurus kawan.
Kawan masa sekolah. Pandai dan kerja besar. Kete besar. Ekekeke.
Selamat Pengantin Baru buat beliau.

Johol N9, first time ku sampai dengan Boing2 bersama En. Copycat Whiteley. Steady lah.


Lepas kenduri, gerak terus ke Melakachenta. Trip sempoi sebab nak pekena ikan terbakaq kat Ala Kassim…alahaiiii. Lepas makan, terus ke Jonker Walk. Menunggu detik peralihan tahun. Umat manusia memanglah ramai. Macam-macam cara mereka raikan kehadiran tahun baru. Apepun pertunjukan bunga api memang sinonim lah.



2012 memang seriuslah takde sebarang feeling. Bagi aku 2012 sama je macam hari biasa. Mungkin sebab angka 30 tu kot. Huhuhu. Macam-macam walhal difikiran. Saja nak berseronok dengan sahabat handai.

Bukan ke hidup mesti terus, hidup untuk dinikmati?

Macam ada sesuatu yang tertinggal.
Muhasabah sepanjang perjalanan. Allahu Robbi.


Saturday, December 10

Babak Pertama


Syukur Pada Allah SWT.
Rasanya belum diceritakan lagi saat-saat pertama membawa pulang Mr.Copycat Whiteley ke rumah. Ekeke. Disebabkan aku ni suka menulis dan suka bercerita, biarlah aku ceritakan semuanya di sini.

Blog aku, sukati akulah apa aku nak cerita!

Alhamdulillah, selepas mendapat call dari Proton Edar (Taman Maluri) untuk membawa pulang Copycat pulang, aku memang melonjak suka. Setelah menunggu dengan penuh sabar dan bersabar. Memang hari tu Proton menjamin aku 99% Copycat boleh bawak balik. So hari tu jugak aku pi ofis tumpang adik ipar aku. Yang kebetulan sekali tempat kerjanya dengan aku. Habis je keja, aku buat muka ala2 Puss in Boots untuk minta encik Nesh tumpangkan aku sampai hentian teksi sebelum bulatan besar Batu Caves.

Misi ni memang dirahsiakan. Sebab aku ni jenis tak suka nak heboh-heboh. Itu bukan stail aku la. Sampaikan si Nesh ni ingat aku p jumpa skandal! Hahaha. Banyaklah hang…

*sila ambil perhatian perjalanan ini diharungi secara solo dan bersendirian.

So, aku memang berdoa semoga urusanku hari itu dipermudahkan dan lancar. Alhamdulillah. Allah mendengar doa hambanya. Tak sampai 10 minit Nesh menurunkan aku kat bus stop tu, datang sebuah teksi so aku tahan and cakap nak gi Taman Maluri, Cheras. Awalnya dia macam tak nak sebab dengan waktu sekarang ditambah dengan kesesakan, mana-mana sistem pengangkutan pun tak nak ke situ. Tapi aku cakap, “Uncle, please bagi saya naik dulu, saya tunjuk jalan. Kita lalu Duke Highway. Berapa pun saya bayar”.

Ayat yang baik punya memang diakhiri dengan senyuman pura-pura kan? Ahahaha!

Naiklah aku. So sepanjang perjalanan tu aku menyembanglah. Tetiba Laling aku cal. Kata nak folo sekali amik Copycat. Syukur sangat. Suruh turun kat Times Square. Aku habak kat Uncle, supaya turunkan aku kat situ. Dalam perjalanan tu, Uncle tu dok kata dia memang nak gi buat spa kat situ. Giler lah. Pemandu Teksi pun layan spa beb! Ke aku je yang tak tau???? Ehehehe.

Dari situ, jumpa Laling. So kitorang gerak ke Maluri. Nasib baik Laling aku ni handal jalan-jalan pantas di KL ni. Orang lawa kan…pulak bawak babycity lah wei!

Ko ade ke?
Takde diam arrr.

So sampai kat Proton, Mr.Chan, selaku sales advisor tersenyum hensem sambil bukak pintu showroom kat aku. Memang beliau seorang yang smart. Aku ingat beliau berumur 40an tapi perut flat screen tau! Stylo dan ada classs! Apepun, aku memang tabik hormat kalau kaum lelaki umur pertengahan kelihatan steady seperti beliau.

Aspek penerangan dan penjelasan bagaimana sesebuah kereta berfungsi memang diambil perhatian oleh aku. Itupun tak sangat sebab excitednya terlebih suda. Hahaha. So dekat sejam lebih diberi penerangan, sampai setel semua urusan, aku memandu pulang Copycat. Secara rasminya.

Perkataan pertama. Syukur Ya Allah.
Hi Copycat, selamat berkenalan untuk awak. Ehehe.

Masa tu pun dah Maghrib. So, lepas bincang dgn Laling, kitorg decide nak solat kat area umah beliau di Danau Desa, Jalan Klang Lama. So copycat ikut je babycity. Alhamdulillah. Lepas parking baik-baik, kitorg pun bersolat. Lepas je solat, langsung buat sujud syukur. Merambu2 air mata aku keluar. Part ni aku takmo cerita lah kan. Ada sebab kenapa emosi aku terlebih lantun time tu.

Kitorg wat surprise kat Maria, one of myBff gak. Hahaha. Bagi Laling drive. Balik Maria drive. So gi makan di Restoren Suraya. Makan sebab lapar. Terus gerak balik Rawang. Sebab orang-orang kat rumah nak tengok lak. Especially Mak, Abah dengan Boing-Boing.

Aku takmo sombong, sebab boleh pakai Spira pun sebab mereka bertiga.
Rezeki Anak dan Doa Ibu & Ayah. Amin.

Ayib bila nampak Copycat first time, terus berlari senyum kat aku. "Ibu, keta ibu".
Mak senyum. Tapi statement mak sedikit gerun. “Gelap betul cermin tu”.
Ofismate aku plak… “Semat giler dengan tinted jahat”.

Huhuhu….no komen.
Sekian.

 

Thursday, December 8

Alhamdulillah


Too Phat Feat. Yasin, Ahli Fiqir & Dian Sastrowardoyo - Alhamdulillah

Dian Sastro:
Di saat waktu berhenti…kosong
Dimensi membutakan mata, memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
Sadarku akan hadirmu, mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
Ult li albi bissaraha (I’m opening up my heart with honesty)
Hayya nab’idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a’ kulli ni’ma (Let’s remain thankful with what we have)
Ba’ ideena anil fattana (Let’s avoid all lies and sins)

Malique:
Merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta

Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta
Saling tukar wanita,senyum dan mati tua

Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus,
Ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
Ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya

Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!!!

Joe Flizzow:
Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila di halangan duri onak dan cobaan
Teguh bila di cobakan keruh kuasa dan perempuan
Sentiasa legar diminda, dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya

Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan, menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki, moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:
Aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada’ dan qadar kau berilah ku kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini, aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang

Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur…

Dian Sastro:
Sujudku pun takkan memuaskan inginku
‘tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama, harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa

Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik tentang makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…


 

Wednesday, December 7

Disember Tiga

Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Beri kelapangan untuk meng-update blog ini. hehe.

Aku, Boing-Boing, Nor, Nuha, Eyza & Maria

Bersama-sama myBff ke Ipoh. Meramaikan majlis kawen Nabila di Batu Gajah.
First time appearance selepas beberapa tahun tak ke mana-mana. Sejak kehadiran Boing-Boing.

Sebab kedua sudah tentu untuk test-drive-thru Mr.CopycatWhiteley di lapangan lebuhraya. Alhamdulillah. Perfecto. Smooth dan selancarnya. Kekeke.

Satu cerita sedih. Semasa perjalanan di Simpang Pulai, sebuah Inspira Putih WVV 1.8 turut menderum di fast lane. Copycat beralah ke lorong kedua. Sambil berdialog.

“Weh kembar Copycat la sebelah….”

Dalam tak sampai lima minit selepas pujian kembang semangkuk.

“Dummmmmmmmm”

Ya Allah. Kembar Copycat cedera parah. Bonet depan mengemek. Semua yang ada terpaku. Terdiam. Beristighfar. Paling penting. Sempat mengelak. Semua sugul. Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Sebab itu kereta baru. Baru sangatlah wei. WVV. Mungkin dalam perjalanan menghadiri majlis keraian, namun tiba-tiba diberi kejutan malang sebegitu. Betullah kata pepatah. Malang tak berbau.

Aku perasan encik Copycat turut bersedih di atas musibah yang menimpa. Kami berlalu perlahan, memberi laluan kepada si kembar untuk membelok ke laluan kecemasan.

“Sabarlah kawan”.

Selepas ke Batu Gajah, sudah tentu acara berikutnya Melawat Sekolah Lama. Tetap tersergam indah. Supersenior lah katakan. Sudah tentu bergambar sepuasnya. Tersiratnya, tatkala menjejakkan kaki kat situ..teringat memori lama. Huhuhu……layan. 14 tahun sudah meninggalkan bangku sekolah. Kenangan tetap terpahat. Giler lah! Cukup2 bercerita pasal ni.

Perjalanan diteruskan lagi ke Kuala Kangsar. Sudah tentu program wajib pekena Laksa Kuale Telor Sebiji dan Cendol Jagung. Nyummy. Membelasah sampai dua mangkuk. Huhuhu. Maghrib di rumah Nuha. Jamuan kecil-kecilan sambil melayan citer Korea. Haha. Sempat lagi tu. Mandi air sungai. Sejuk sampai ke tulang hitam. Rasa segar. Lebih kurang pukul 8 lebih, kami bergerak ke Kuala Lumpur. 3 jam perjalanan akhirnya sampai.

Inspira? Taknak cakap banyak, hanya yang bijak memilikinya. Tekan 160 rasa mcm tekan 80. Hahahaha.
Sekianlah coretan perjalanan ini.

Sebelum terlupa.
Disember Tiga juga genap Tujuh Tahun aku sebagai isteri.
Selamat Hari Anniversari. Untuk Diri Sendiri.

 

Monday, November 28

1433 Hijrah

Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah.


Semoga kehadiran tahun baru ini memberi sejuta cahaya untuk aku.
Untuk menjadi manusia yang lebih baik, lebih merendah diri.
Sentiasa istiqamah.

Cukuplah Allah bagiku. Amin.

Dengan sekeping hati yang redha dan pasrah.
Aku ikhlaskan segala pengorbanan dan perasaan aku.
Aku ikhlaskan semua.
Aku ikhlas ya Allah.

Segala yang berlaku, pasti ada hikmahnya untuk aku.
Tambahkan lagi kesabaran untuk aku, dan ketabahan hati.
Ketenangan.

Di sebalik kebeningan rahsia.

Perbaiki dan permudahkan urusanku Ya Allah. Dilapangkan rezeki yang maha luas. Juga diberi kesihatan yang baik untuk beribadah dan menempuh kehidupan ini.

Aku berlapang dada menerima ketentuanMu.
Muhasabah Diri.

Amin Ya Robbal Alamin.
Allahu Robbi.


Kredit fotodinding: wanmus.com

 

Friday, November 25

Inspire Me, Inspire You, Me Inspira

Alhamdulillah. Allahu Robbi. PadaMu ku Bersujud.

Rasa teruja kali ni berjaya ditahan-tahan.
Ada sebab utk aku berbuat demikian.
Debaran kali ni lebih hebat dari saat diakadnikahkan. Maha Suci Allah.

Dan, pada 23 November 2011 bersamaaan 27 Zulhijjah 1432h,
Cinta Nyawa Intan Payung yang ditunggu-tunggu, dah sampai. kekeke.
Bertarikh kelahiran 22.11.11...kenapa angka 22 selalu 'tuah' untuk aku ye?


Kredit to Nesh Malhotra untuk foto Inspira yang di postkan di wall FB aku. Hahaha.
Itu silver, mine kaler putih la bos kicik!


‘Orang Baru’ yang di admire~kan…akhirnya datang.
Memberi aku cahaya dan sinar baru. Merangkap versi spesifikasi penuh. Teratas dalam kategori.
Dipilih dengan hati yang tulus. Muktamad. Tanpa kompromi.

Bersyukur kerana urusan memiliki beliau sangat dipermudahkan. Rezeki, rezeki & rezeki.
Catatan angka chasis yang cantik, aku yakin nombor pendaftaran WWA9960 juga memberi rahmat dan tuah. Begitu juga dengan nuansa solid white yang dipilih.

Belum pernah jentera sebelum ini berwarna polos sedemikian. Hehehe.

Kini sejarah tercipta, putih itu simbol kebangkitan, putih itu lambang kesucian, secara peribadi putih juga petanda aku yang baru.

Dengan izinMu ya Allah.

Seperti mana Savvyreds~Ladybird yang sangat berjasa dan cemerlang selama enam tahun pemanduan. Aku berdoa berharap Mr.Copycat~Whiteley aku ini mencontohi prestasi Kak Long beliau.

Amin. Dan mudah-mudahan.

 

Monday, November 21

Wanie Likes Charles & Keith

C&K, MidValley outlet.

Semalam, hari Sunday. So dalam petang2 sket lepas hantar member balik Bangi, terlencong jap ke Low Yatt, pegi beli external hard disk yang abah pesan.
Dah beli. Brand Seagate, 500gb RM229.

Habis je episod external hard disk….jalan2 kat luar Sg.Wang. Dengan harapan nak menyinggah ke C&K butik kt KL Plaza. Berkunjung juga ke situ, tapi clutch yang aku nak tu macam takde lak kat situ. Adoii, sudah.

Takkan cepat sangat return pastu kuar yang baru?
Clutch tu sempoi arr, cun giler. X sampai 2 minggu lepas aku pegang!

Macam tak berapa puashati kat situ, dan memandangkan jam pun dah menunjukkan ke angka 7pm, juga bila2 masa azan maghrib akan berkumandang, terus gi bayar parking. Keluar dari kawasan maha sibuk ni.

Lagipun dengan membawa Boing-Boing bersiaran sewaktu maghrib…memang tak bagus untuk tumbesaran dia. Aku tak nak biarkan anak aku sama dengan anak orang lain, bersidai kat tepi2 jalan waktu2 mulia macam ni.

Alhamdulillah, niat dipermudahkan. Dahulukan Maghrib di MidValley, ‘istana hinggap’ port lepak dulu2 ni. Masa zaman keje di Boulevard. Arghh…nostalgia betul. Best. Duit banyak diperabih kat sini. Huhu.

Selepas selesai, terus ke destinasi. Butik Charles & Keith, jenama favorit hampir ke semua Mybff. Mereka ada 2,3 collection bag, kasut dan aksesori. Lama dah depa dengan C&K ni sebelum aku terpengaruh. Haha.

Aku? Alhamdulillah, lebihan rezeki kepada si belanjawan. Dapatlah sebuah sling clutch rona hitam pekat. Bergancu Charles & Keith di bahagian depan. Apa yang aku suka tentang pilihan aku ini, dia dwifungsi. Boleh dipendekkan dan juga boleh dipanjangkan. Suitable & perfect for any occasion.

Koleksi wajib ada. Untuk berlawa-lawa. At least kan?
Thankyou Allah, untuk rezeki ini.
Soalnya, bila masanya nak pakai clutch ni? Hahaha.