Saturday, December 10

Babak Pertama


Syukur Pada Allah SWT.
Rasanya belum diceritakan lagi saat-saat pertama membawa pulang Mr.Copycat Whiteley ke rumah. Ekeke. Disebabkan aku ni suka menulis dan suka bercerita, biarlah aku ceritakan semuanya di sini.

Blog aku, sukati akulah apa aku nak cerita!

Alhamdulillah, selepas mendapat call dari Proton Edar (Taman Maluri) untuk membawa pulang Copycat pulang, aku memang melonjak suka. Setelah menunggu dengan penuh sabar dan bersabar. Memang hari tu Proton menjamin aku 99% Copycat boleh bawak balik. So hari tu jugak aku pi ofis tumpang adik ipar aku. Yang kebetulan sekali tempat kerjanya dengan aku. Habis je keja, aku buat muka ala2 Puss in Boots untuk minta encik Nesh tumpangkan aku sampai hentian teksi sebelum bulatan besar Batu Caves.

Misi ni memang dirahsiakan. Sebab aku ni jenis tak suka nak heboh-heboh. Itu bukan stail aku la. Sampaikan si Nesh ni ingat aku p jumpa skandal! Hahaha. Banyaklah hang…

*sila ambil perhatian perjalanan ini diharungi secara solo dan bersendirian.

So, aku memang berdoa semoga urusanku hari itu dipermudahkan dan lancar. Alhamdulillah. Allah mendengar doa hambanya. Tak sampai 10 minit Nesh menurunkan aku kat bus stop tu, datang sebuah teksi so aku tahan and cakap nak gi Taman Maluri, Cheras. Awalnya dia macam tak nak sebab dengan waktu sekarang ditambah dengan kesesakan, mana-mana sistem pengangkutan pun tak nak ke situ. Tapi aku cakap, “Uncle, please bagi saya naik dulu, saya tunjuk jalan. Kita lalu Duke Highway. Berapa pun saya bayar”.

Ayat yang baik punya memang diakhiri dengan senyuman pura-pura kan? Ahahaha!

Naiklah aku. So sepanjang perjalanan tu aku menyembanglah. Tetiba Laling aku cal. Kata nak folo sekali amik Copycat. Syukur sangat. Suruh turun kat Times Square. Aku habak kat Uncle, supaya turunkan aku kat situ. Dalam perjalanan tu, Uncle tu dok kata dia memang nak gi buat spa kat situ. Giler lah. Pemandu Teksi pun layan spa beb! Ke aku je yang tak tau???? Ehehehe.

Dari situ, jumpa Laling. So kitorang gerak ke Maluri. Nasib baik Laling aku ni handal jalan-jalan pantas di KL ni. Orang lawa kan…pulak bawak babycity lah wei!

Ko ade ke?
Takde diam arrr.

So sampai kat Proton, Mr.Chan, selaku sales advisor tersenyum hensem sambil bukak pintu showroom kat aku. Memang beliau seorang yang smart. Aku ingat beliau berumur 40an tapi perut flat screen tau! Stylo dan ada classs! Apepun, aku memang tabik hormat kalau kaum lelaki umur pertengahan kelihatan steady seperti beliau.

Aspek penerangan dan penjelasan bagaimana sesebuah kereta berfungsi memang diambil perhatian oleh aku. Itupun tak sangat sebab excitednya terlebih suda. Hahaha. So dekat sejam lebih diberi penerangan, sampai setel semua urusan, aku memandu pulang Copycat. Secara rasminya.

Perkataan pertama. Syukur Ya Allah.
Hi Copycat, selamat berkenalan untuk awak. Ehehe.

Masa tu pun dah Maghrib. So, lepas bincang dgn Laling, kitorg decide nak solat kat area umah beliau di Danau Desa, Jalan Klang Lama. So copycat ikut je babycity. Alhamdulillah. Lepas parking baik-baik, kitorg pun bersolat. Lepas je solat, langsung buat sujud syukur. Merambu2 air mata aku keluar. Part ni aku takmo cerita lah kan. Ada sebab kenapa emosi aku terlebih lantun time tu.

Kitorg wat surprise kat Maria, one of myBff gak. Hahaha. Bagi Laling drive. Balik Maria drive. So gi makan di Restoren Suraya. Makan sebab lapar. Terus gerak balik Rawang. Sebab orang-orang kat rumah nak tengok lak. Especially Mak, Abah dengan Boing-Boing.

Aku takmo sombong, sebab boleh pakai Spira pun sebab mereka bertiga.
Rezeki Anak dan Doa Ibu & Ayah. Amin.

Ayib bila nampak Copycat first time, terus berlari senyum kat aku. "Ibu, keta ibu".
Mak senyum. Tapi statement mak sedikit gerun. “Gelap betul cermin tu”.
Ofismate aku plak… “Semat giler dengan tinted jahat”.

Huhuhu….no komen.
Sekian.

 

0 comments:

Post a Comment